Monday, April 25, 2011

NIKMAT SENTUHAN ALANIAH (USAHAWAN NONA)

Tidak ramai gadis sanggup menyeberangi lautan sekadar mempelajari bidang perubatan.Sewaktu persekolahannya dia meminati jurusan kedoktoran 
tetapi dia tidak menyangka bidang yang diceburinya ialah kerjaya mencabar iaitu "Kedoktoran Homeopati" yang agak asing di Malaysia. 

Setelah tamat sekolah menengah Ala terus memasuki Fakulti Perubatan homeopati Malaysia kampus induk di Kota Bharu, Kelantan. 

Setelah setahun di Kota Bharu, Ala menerima biasiswa meneruskan pengajian perubatan ke Pakistan central Homeopathic medical College & Hospital di Karachi, Pakistan pada tahun 1987 dan tamat pengajian akhir 1991 khusus dalam bidang perubatan homeopati, "demikian kata Doktor Homeopati Alaniah Binti Haji Mohd Zain yang sedang membuat housemanship di Pusat Perubatan Homeopathy Ibukota ,Jalan Raja Alang, Kg baru Kuala Lumpur. 

Alaniah menceburi bidang ini kerana masyarakat Malaysia masih belum memahami perubatan homeopathy sepenuhnya. Di samping itu kerana bidang ini hanya diceburi oleh kaum lelaki sahaja. 

Homeopati ialah sistem perubatan berasaskan perawatan semulajadi atau "natural way of healing". Bahan yang digunakan terdiri daripada dedaun, bunga-bungaan, kulit kayu, bahan kimia dan logam. 

Bahan-bahan ini diproses dengan suatu kaedah yang dikenali sebagai 'potentisation dan succession' atau memperhaluskan bahan akloid dalam ubat-ubatan tersebut untuk mengasingkan bahan toksid pada ubat supaya ia bersih dan selamat digunakan sebagai ubat. 

Perubatan homeopati banyak diamalkan oleh orang-orang Eropah seperti di England, Perancis dan Jerman kerana mereka sedar bahawa ubat-ubatan homeopati tidak mengandungi bahan-bahan kimia tanpa apa-apa ketagihan atau kesan sampingan.

Cara perubatan ini digemari kaum wanita dan kanak-kanak Inggeris kerana ubat-ubatnya lembut. Malah homeopati mempunyai pertalian rapat dengan keluarga Diraja England. 

Queen sendiri menjadi penaung "The Royal London Homeopathic Hospital" sementara bonda Queen menjadi penaung "Persatuan Pengamal Homeopathy British", manakala Raja Gloucester menjadi Presiden "Homeopathic Trust" dan Raja Perempuan Alice ialah penaung "Blakie Homeopathy Foundation". 

Dalam menjalankan tugas harian nya di Homeopati 
Ibukota, Alaniah banyak menekankan soal-soal kaunseling dan khidmat nasihat kepada pesakit. 

Sentuhan jari-jari Alaniah yang lembut dan halus ke atas pesakit sudah mencukupi untuk menyembuhkan penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh pesakit-pesakit yang datang mendapatkan khidmat beliau. 

Doktor Homeopati Alaniah adalah anak jati Kubang Kerian, kota Bharu, Kelantan bercita-cita membuka klinik homeopati nya sendiri di masa akan datang, sebaik sahaja menghabiskan housemanship nya di Pusat homeopati Ibukota. 

Petikan majalah (Nona )15 Disember 1992 OLEH NIK OMAR HJ NIK DAUD

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi kami di talian tertera di bawah.

PERUBATAN HOMEOPATI ALANIAH
Homeopathy-Acupunture-cupping
4-2 (1st floor) Jalan Seri Putra 1/1,
Bandar Seri Putra  43000 
Kajang, Selangor.

PHA hotline: 016-6928 414
Fb page:        Perubatan Homeopathy Alaniah
Email:             hdrala68@gmail.com
                        homeo_ala@hotmail.com
Instagram:    Alazain68
       

WAKTU RAWATAN PHA TERKINI
Sabtu - Khamis  11am - 5pm
Cuti umum          10am - 3pm
Jumaat                 CUTI PHA

Semua rawatan melalui temujanji sahaja. Sebarang perubahan waktu dan masa akan dimaklumkan dalam fb page dan whatsapp group PHA Bdr Seri Putra.
                                                     
Apa yang dipaparkan tidak lain dan  tidak bukan  hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman selama berjuang dalam  homeopathy ke arah kesejahteraan ummah.

"STAY HEALTHY WITH HOMEOPATHY, ACUPUNCTURE
 & CUPPING"



TONIK CERDAS MINDA HOMEOPATHY- BRAIN TONIC

BERITA BAIK UNTUK DIKONGSI!!!!!
Terutamanya untuk pelajar-pelajar sekolah, graduan/graduanita/ golongan pekerja profesional dan seluruh warga Malaysia


LOCATION OF THE LIMBIC SYSTEM
The Limbic system forms a boundary 

between the cortical and midbrain
 areas such as the thalamus and
 mamillary bodies.
Mungkin ramai di antara kita yang masih belum menyedari dan mengetahui di manakah terletaknya bahagian otak yang mempengaruhi akal dan fikiran kita. Fungsi badan manusia,fungsi akal juga luahan emosi dipercayai berkait rapat dengan salah satu bahagian otak yang dikenali sebagai sistem Limbik (Limbic System)
                                                                              

SYSTEM LYMBIC
A crucial part of lymbic system

 and their functions linked 

ADAKAH ANDA BERHADAPAN DENGAN MASALAH SEBEGINI
Berasa malas, berfikiran negatif, kurang fokus /tumpuan, berdebar-debar, kurang keyakinan diri,  pelupa, kemurungan dan bimbang, lemah daya ingatan, masa tidur tidak menentu, sering mengantuk, keletihan mental dan fizikal terutamanya selepas penat bekerja,tension belajar atau bekerja.
Make sure its function well with 
pure homeopathic sources. 
Explore our brain and solve it
with homeopathic remedies











Kandungan produk diekstrakkan daripada bahan garam galian/biokimia atau tumbuh-tumbuhan semulajadi terpilih yang telah disaripatikan atau diperhaluskan serta dibuang racun bisa melalui proses yang dikenali sebagai "potentization and succusion"  menjadikan ianya selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan kepada pesakit atau pengguna walaupun diambil secara berterusan malah ia bertindak sebagai bahan immunisasi untuk menguatkan ketahanan badan.

MENGAPA IA MENJADI PILIHAN ANDA
  • Bertindak sangat efektif dalam sistem saraf dan membantu meningkatkan serta          
  • Mengaktifkan sistem imun badan bagi melawan penyakit   
  • Membantu meningkatkan daya kreativiti                                         
  • Membantu mengingat dengan lebih baik
  • Berfungsi mempercepatkan dan mempermudahkan peredaran darah dalam otak
  • Sistem saraf dalam otak dapat berfungsi dengan cepat dan baik. 
  • Meningkatkan daya ketahanan badan agar tidak mudah diserang penyakit
  • Membantu memulihkan semangat
  • Menstabilkan emosi
KELEBIHAN DAN FAEDAH KEGUNAAN
  • Ianya selamat digunakan kerana tidak mengandungi sebarang kesan dadah, racun dan toksik  serta tiada ketagihan.
  • Harganya yang murah dan berpatutan di PHA . 
  • Ia disediakan di dalam keadaan bila mana pesakit/pengguna memerlukan pada waktu                 tersebut.
  • Rasanya yang manis dan sedap amat digemari oleh kanak-kanak dan wanita  mudah malahan ianya mudah dibawa ke mana sahaja.
  • Ianya amat sesuai untuk bayi, kanak-kanak juga dewasa.
SIAPA YANG DISYORKAN
Ianya amat sesuai digunakan oleh semua peringkat tumbesaran kanak-kanak, orang dewasa juga warga emas dan sangat disyorkan terutamanya untuk pelajar-pelajar sekolah, remaja-remaja, golongan pekerja profesional dan seluruh warga Malaysia.


KAWALAN MUTU PRODUK HOMEOPATHY
  • Elakkan daripada panas terik matahari
  • Elakkkan daripada meletakkan ubat homeopathy di dalam peti ais
  • Diambil setengah jam sebelum atau selepas makan dan minum( seelok-eloknya sebelum makan dan minum).
  • Elakkan daripada meminum kopi, teh dan nescafe. 
  • Jauhkan ubat homeopathy daripada wangi-wangian dan bau-bauan yang keras.
  • Untuk kawalan mutu yang lebih baik dengan menyimpan  ubat homeopathy ke dalam bekas kedap udara pada suhu normal.
CARA DAN PERATURAN MAKAN
  • Tuangkan ubat ke dalam penutup ubat dan terus masukkan ke dalam mulut tanpa memegang atau  menyentuh dengan tangan.                             
  • Ubat hendaklah dikemam, dikunyah dan dihisap di bawah lidah.
  • Sebaik-baiknya diambil ketika perut kosong atau diambil setengah jam sebelum atau selepas makan dan minum.
  • Bayi diambil 2 biji 3 kali sehari.
  • Kanak-kanak diambil 3 biji 3 kali sehari.
  • Dewasa diambil 4 biji 3 kali sehari.
KANDUNGAN PRODUK MUDAH BERSALIN

KALIUM FOSFAT (KALIUM PHOSPHORICUM)
Membantu menajamkan minda, membantu memulihkan masalah keletihan mental dan fizikal terutamanya  selepas penat bekerja atau stres, membantu memulihkan semangat dan keyakinan diri, memberi tenaga baru untuk belajar dan bekerja, membantu dan membina sel-sel otak menjadi lebih positif.
KALSIUM FOSFAT (CALCAREA PHOSPHORICUM)
Membantu tulang dan gigi menjadi kuat dan sihat, mengatasi masalah kurang darah merah, mempercepatkan proses pemulihan sakit terutamanya selepas mengalami kecederaan, membantu mengatasi masalah pucat (anemia).
IRON FOSFAT (FERRUM PHOSPHORICUM)
Ia berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh badan dan otak sekaligus sistem saraf        dalam otak dapat berfungsi dengan lancar dan lebih sempurna, ia juga diberi di dalam merawat kes-kes tertentu seperti peringkat awal jangkitan, demam, perjalanan darah tidak lancar, gangguan sistem pernafasan , pucat dan lesu , Anemia
MAGNESIUM FOSFAT (MAGNESIUM PHOSPHORICUM)
Ia dikenali sebagai( anti spasmodic remedy) bagi menghalang kekejangan,  mengelakkan sawan, krem/kejang, sakit senggugut, gastrik dan melegakan sakit dan bisa badan, sakit telinga   dan sakit gigi.   
NATRIUM FOSFAT (NATRUM PHOSPHORICUM)
Ia berfungsi sebagai penawar asid, membantu di dalam menyempurnakan fungsi organ-organ penghadaman, ia berfungsi untuk merawat masalah pening kepala, mabuk, muntah, gout, sakit perut, juga dapat mengekalkan darah menjadi alkali.
SUMBER PENTING MAKANAN BERKHASIAT UNTUK MINDA
Di samping itu, adalah amat penting untuk mengambil makanan berkhasiat dan seimbang yang halal bagi memastikan perjalanan darah dan sel-sel saraf otak berfungsi dengan baik dan sempurna sekaligus mengaktifkan sistem imun badan untuk meningkatkan kecerdasan dan kesihatan minda. Diantara sumber makanan berkhasiat penting untuk meningkatkan kecerdasan dan kesihatan minda adalah:-

  • Sumber protein asli seperti ikan, daging tanpa lemak, susu, yogurt, telur, taufu.
  • Vitamin E asli terdapat di dalam kumpulan kekacang dan bijirin seperti kacang, soya, kacang hijau, tempe, kurma, oats .
  • Pengambilan madu lebah asli telah terbukti keberkesanannya mengubati segala jenis penyakit pada zaman Rasulullah saw juga seluruh perubatan tradisional dan saintis dunia  menggunakan madu sebagai rawatan alternatif yang tidak mendatangkan kesan sampingan untuk pelbagai jenis penyakit. Ia mengandungi kandungan mineral dan vitamin yang tinggi untuk keperluan badan manusia.      
  • Minuman pelbagai jus buah-buahan asli seperti jus kurma, kismis,  pisang, betik dan   delima.
  • Minum 8 gelas atau lebih air mineral yang ditapis dipercayai mampu untuk menyingkirkan  toksik dalam badan , penting dengan meminum 3-4 gelas air di awal pagi bertujuan   untuk membersih dan mencuci segala toksik.
  • Khasiat air zamzam yang berasal dari tanah suci Mekah kehebatannya tidak dapat ditandingi bagi merawat sebarang penyakit.
  • Khasiat susu awal ibu amat penting untuk meningkatkan antibodi dan daya ketahanan    badan bayi untuk mencegah daripada terkena sebarang jangkitan dan penyakit.
Kemudian disusuli pula dengan memberi produk makanan kesihatan homeopathy "CHILD'S TONIC"  yang bertindak aktif merangsang sistem imun bayi bagi melawan sebarang penyakit dan jangkitan di peringkat awal tumbesaran mereka. Tugas utama makanan kesihatan homeopathy "CHILD'S TONIC" adalah untuk:- 

  • Meningkatkan antibodi dan sistem imun bayi.
  • Meningkatkan kecerdasan minda.
  • Pembentukan tulang yang sihat dan kuat.
  • Melembutkan sel-sel saraf otak bayi.
  • Menambahkan sel-sel neuron otak, lebih banyak sel-sel otak yang diperolehi membuatkan bayi menjadi lebih pintar dan cerdik.                                         
Bukan mudah untuk meraih kejayaan kalau tiada rintangannya, Insyallah berkat usaha dan ikhtiar anda semua untuk melihat kejayaan anak-anak bermula daripada seawal pembentukan mereka. Saya berharap makanan kesihatan homeopathy "CHILD'S TONIC" dan "BRAIN TONIC" dapat membantu ibubapa di luar sana yang buntu mencari penyelesaian demi kemajuan dan kejayaan masa depan anak-anak bangsa "di mana ada kemahuan di situ ada jalan" dan kami sentiasa mendoakan kesihatan anda semua dengan cara perawatan ini, Insyallah biiznillah.


Kami hanya berikhtiar tetapi Tuhan yang menyembuhkan

"Stay Healthy And Well-being Preserved With
 Homeopathy Life"

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai produk sila hubungi kami di alamat dan talian tertera di bawah:

Perubatan Homeopathy Alaniah
No 23, Jalan Seri Putra 3/13, Bandar Seri Putra Bangi
43000 Kajang Selangor.
Tel: 016-648 2087 begin_of_the_skype_highlighting            016-648 2087      end_of_the_skype_highlighting / 012-244 0880 begin_of_the_skype_highlighting            012-244 0880      end_of_the_skype_highlighting
atau e-mail kami di:
homeo_ala@hotmail.com/dralazain68@gmail.com

Glossary / homoeopathic terms:
  • Nervousness - darah gemuruh,kegugupan
  • Anxiety - kerunsingan,keresahan
  • Tension - mengalami ketegangan
  • The nervous system - sistem saraf
  • The immune system - daya ketahanan badan bagi melawan penyakit
  • Lethargic - keletihan
  • Irritability - perasaan cepat marah
  • Excess perspiration - keluar perpeluhan yang banyak
  • Insomnia - tidak dapat tidur
  • Sleeplessness - tidak cukup tidur
  • Abnormal discharges - pengeluaran lendir yang tidak normal
  • Depression - kemurungan / kesedihan
  • Forgetfullness - Sifat suka lupa
  • Brain fag - keadaan yang membingungkan
  • Sleepiness - cepat mengantuk
  • Poor memory - lemah daya ingatan
  • Phobia - rasa takut melampau
  • Antiacidic - penawar asid
  • Dizziness - pening kepala
  • Convulsion - sawan
  • Antispasmodic - pencegah kejang
  • Gout - sejenis penyakit sendi yang disebabkan oleh peningkatan urik asid dalam darah 


" Homeopathy safe, quick and effective method of healing "
     
                                                                                                  
*Revision sources :-Internet sources,Encyclopaedia Of homeopathy,  homeopathy for women, some homeopathic books and brochures from PHA. 



Selamat mencuba pilihan anda adalah kepuasan kami


Alazain