Sunday, July 5, 2015

DOKTOR BERTUGAS

PERUBATAN HOMEOPATI ALANIAH
Homeopathy- Acupuncture - Cupping
 (001528234-H)

DOKTOR YANG MERAWAT ANDA 

H/Dr Hajah Alaniah merupakan seorang Pengamal Homeopati terlatih yang telah berkecimpung di dalam bidang homeopathy selama hampir 20 tahun. 

Beliau mendapat pendidikan awal dalam bidang Homeopati di Pakistan Central Homeopathic Medical College & Hospital (PCHMCH - girl's college), Nazimabad Karachi Pakistan pada tahun 1987 hingga 1991. 

Berbekalkan ilmu homeopathy yang diperolehi daripada kolej tersebut, beliau memulakan tugas pertama beliau di sebuah klinik homeopati tersohor di Kampung Baru Kuala Lumpur iaitu klinik PERUBATAN HOMEOPATI IBUKOTA milik kepada "Bapa Perubatan Homeopati" termasyhur di Malaysia arwah Prof Dr Nik Omar Nik Daud pada akhir bulan November 1991. 

Banyak pengalaman yang ditimba di klinik tersebut dengan mempraktikkan pelbagai cara rawatan yang ditawarkan di klinik Dr Nik Omar seperti terapi akupuntur, bekam, juga rawatan homeopati melalui elektronik komputer iaitu mengesan penyakit melalui rambut dengan memberi ubat-ubatan homeopati yang sesuai kepada pesakit mengikut teori keseraksian .

Beliau kemudian menyambung lagi pengajian sehingga ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Advanced Diploma in Homeopathy (AD.Hom) pada tahun 1997 yang kini dikenali sebagai Bachelor of Homeopathic Medicine (BHMS) dari FAHOM (The Faculty of Homeopathic Malaysia). 

Beliau merupakan perintis pertama pelajar homeopati menerima biasiswa daripada FAHOM melanjutkan pelajaran ke Karachi Pakistan pada waktu itu, disusuli dengan beberapa orang pelajar-pelajar lain masing-masing menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian mereka seperti di India dan Lahore.

Terima kasih tidak terhingga kepada arwah kerana menaruh kepercayaan dengan memberi biasiswa sepenuhnya daripada FAHOM dan memilih saya menjadi salah seorang daripada ahli keluarga homeopati Malaysia, jasa mu tetap dikenang sehingga ke akhir hayat.

Dengan semangat kental yang dimiliki oleh ibu kepada tiga orang anak lelaki, beliau tidak pernah jemu menambah ilmu dan pengalaman serta didorongi dengan keinginan dan kemahuan untuk mendalami ilmu akupuntur dan bekam sejajar dengan permintaan yang tinggi di dalam perkhidmatan tersebut beliau sekali lagi menjuruskan diri mendalami bidang ini dengan mendapat penghargaan pelajar terbaik dan memperolehi sijil Diploma in Classical Acupuncture & cupping (DipAc) daripada" Research Institute Malaysia in Acupuncture" (RIMAC), milik sepenuhnya oleh FAHOM pada 30 Nov 2006. 

Prof Dr Nik Omar Nik Daud mempunyai pengalaman yang sangat luas di dalam bidang homeopati, akupuntur dan bekam juga pensyarah di fakulti homeopati dan memberi ceramah - ceramah kesihatan di mana-mana jabatan atau firma apabila dijemput. 

Tidak kurang juga beliau suka berkongsi ilmu Homeopathy samada di konti radio dan apa-apa sahaja rancangan yg berkaitan dengan kesihatan Homeopathy di television Malaysia apabila dijemput.

Beliau selaku Presiden Homeopathy Malaysia, Homeopati Liga Kebangsaan dan Dunia sangat aktif berpersatuan dan menghadiri mana2 Konferen Homeopathy dalam dan luar negara. Pernah beberapa kali menjadi tuan rumah menganjurkan konferen homeopathy di Malaysia.

Beliau dikenali seantara dunia dikalangan para pengamal homeopati kerana kesungguhan beliau membawa masuk, berkongsi ilmu yang sangat bermanafaat untuk dikenali umum dan dipraktikkan demi kesejahteraan dan kesihatan ummah. 

Ilmu homeopati yang tidak diketahui ramai sebelum ini dianggap sebagai hidup segan mati tak mahu namun kini telah banyak klinik-klinik Homeopathy tumbuh melata bak cendawan tumbuh hampir di setiap negeri di Malaysia dan semenanjung termasuk Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. 

Beliau sendiri telah memiliki beberapa cawangan klinik homeopati di Kota Bharu Kelantan dan juga di sekitar bandaraya Kuala lumpur.

Ia menggambarkan satu pencapaian ulung yang tidak ternilai digapai oleh sekumpulan anak-anak melayu yang berjiwa kental memperkenalkan kaedah rawatan homeopati di Malaysia dan di mata dunia sebagai satu rawatan alternatif yang sepatutnya diwawarkan kerana usaha gigih mereka memperkenalkan sistem rawatan ini amatlah disanjung tinggi kerna ia bertujuan untuk sama-sama membantu meningkatkan tahap kesihatan masyarakat sejagat. 

Dengan adanya rawatan alternatif seumpama mereka juga berpeluang memilih jenis rawatan yang mereka kehendaki untuk kebaikan dan kesejahteraan keluarga dan ummah.

Rawatan homeopathy membuka mata dan mendapat sambutan yang baik di kalangan masyarakat Malaysia hari ini sejurus ianya dapat meningkatkan tahap pencapaian kesihatan yang membanggakan. 

Telah terbukti keberkesanannya di dalam merawat penyakit tidak kira penyakit akut atau kronik ke arah kesejahteraan dan penyembuhan secara berkekalan dengan selamat dan berkesan tanpa ada sebarang kesan sampingan kepada pesakit atau pengguna.

Berbekalkan ilmu yang ada, Alaniah sekali lagi memberanikan diri melangkah ke depan untuk menambah pengalaman di dalam bidang Homeopathy menjadi salah seorang daripada konsultan Homeopathy di Pusat Perubatan Homeopathy Zuhairni, Jalan Raja Muda Musa Kg Baru Kuala Lumpur. 

Khabar gembira setelah hampir setahun menimba pengalaman di Klinik PPHZ beliau kemudiannya mengikuti suaminya bertugas di kedutaan Malaysia Cairo, Egypt. 

Semasa di luar negara selama 4 tahun, beliau membawa bekalan ubat ubatan Homeopathy ke sana. Beliau telah berkhidmat secara sukarela merawat pelajar, rakyat Malaysia dan pegawai Kedutaan Malaysia di sana yang memerlukan rawatan Homeopathy di samping terus praktis Homeopathy untuk diri sendiri dan dan keluarga.

Sekembalinya ke tanahair, berbekalkan pengalaman di dalam dan luar negara beliau telah menubuhkan klinik beliau sendiri iaitu klinik "Perubatan Homeopati Alaniah" di Bandar Seri Putra Kajang pada tahun 2004.

Dengan tertubuh nya klinik Homeopathy ini beliau berharap dapat berkongsi sedikit ilmu dan membuka mata masyarakat dan penduduk setempat kebaikan dan keberkesanan rawatan Homeopathy serta fungsi tindakbalas ubat homeopathy terhadap tubuh badan manusia secara terperinci dan meluas.

Beliau dengan luhur hati ingin berkongsi ilmu perawatan homeopati , akupuntur dan bekam dengan melahirkan beberapa artikel melalui penulisannya di blog yang akan dikemas kini kan dari masa ke semasa untuk tatapan pembaca semua.

Sokongan masyarakat sejagat terhadap rawatan Homeopathy amatlah diperlukan untuk menaikkan taraf dan martabat sistem rawatan ini di Malaysia sepertimana Homeopathy di luar negara insha Allah biiznillah.

SEBARANG PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI ATAU DATANG TERUS KE KLINIK YANG BERALAMAT DI:

4-2 (1st floor), Jalan Seri Putra 1/1, 
Bandar Seri Putra 43000 
Kajang Selangor 
Malaysia

PHA HOTLINE     016-6928414


ATAU E-MAIL KAMI DI:

homeo_ala@hotmail.com
hdrala68@gmail.com

http/homeopatialaniah.blogspot
Fb page:Perubatan Homeopathy Alaniah
Instagram:Alazain68


"Homeopathy safe, quick & effective method of healing"


"One Stop Centre for Homeopathy, Acupuncture & Cupping"

Please bring along together with you among  your family, relatives, neighbours, friends, acquantances and colleagues to PHA without any hesitant or delay. Please leave your problems here Insha Allah we will try our best to resolve it.






Saturday, July 4, 2015

WAKTU RAWATAN PHA DI BULAN RAMADHAN 1436H


TARIKH BEKAM SUNNAH DI BULAN RAMADHAN 1436H



Kami bertempat di 4-2 (1st floor)Jalan Seri Putra 1/1,
 Bandar Seri Putra 43000
Kajang Selangor

(PERUBATAN HOMEOPATI ALANIAH berada di tingkat 1 atas phdelivery
 sejajar dengan bangunan Bangi Height gallery, Coolblog, Speedmart
Bandar Seri Putra)

KANDUNGAN ASAS PRODUK MUDAH BERSALIN PHA

KANDUNGAN ASAS PRODUK IBU DAN BAYI

CALCIUM PHOSPHATE (CALCAREA PHOSPHORICUM) 
Phosphate of Lime

  • Berfungsi untuk menguatkan  dan menyihatkan tulang dan gigi 
  • Amat baik digunakan selepas pemulihan sakit
  • Memulihkan masalah keletihan dan kelesuan 
  • Membantu merawat di dalam kes tumbesaran kanak-kanak
CALCIUM FLUORATUM (CALCAREA FLOURICA) 
Flouride of Lime
  • Merawat penyakit yang berkaitan dengan tulang, gigi, dan sendi
  • Merawat gigi  rapuh dan tidak sihat.
  • Membantu memulihkan bengkak varikos/urat bersimpul.
  • Merawat bengkak atau radang sendi.
  • Merawat sebarang ketumbuhan dan tumor.
  • Merawat biji/tumbuhan keras  di atas kepala dan sekitar rahang.
KALIUM  PHOSPHATE (KALIUM PHOSPHORICUM) 
 Phosphate of pottasium

  • Zat galian penting untuk saraf otak bagi membantu menajamkan minda dan mencerdaskan otak .
  • Merawat sebarang lendir yang keluar dari kemaluan, saluran kencing, paru-paru serta keluar lendir dalam najis.
  • Merawat perpeluhan yang banyak yang berbau .
  • Mengembalikan semula tenaga selepas kerja berlebihan.
  • Merawat tidur yang tidak menentu dan terganggu.
  • Merawat Insomnia, sakit kepala dan sakit belakang.
  • Merawat masalah keletihan mental dan fizikal kronik (chronic fatigue syndrome), hampa/putus asa, perasaaan marah,stres, fikiran kusut,
MAGNESIUM  PHOSPHATE (MAGNESIUM  PHOSPHORICUM) 
 Phosphate of Magnesia

  • Mengawal masalah krem dan kekejangan
  • Mengelakkan berlaku  sawan
  • Amat baik digunakan di dalam kes urat, sakit telinga, sakit gigi,sakit kepala
  • Mencegah serangan gastrik 
  • Merawat masalah senggugut
  • Merawat sakit tulang pinggul(sciatica)
REMEDI HOMEOPATHY YANG DISYORKAN UNTUK IBU HAMIL

CAULOPHYLLUM 
 Blue Cohosh
  • Tonik rahim yang sangat berguna membantu mengawal pendarahan yang banyak semasa haid
  • Memulihkan otot rahim yang lemah
  • Memulihkan dan merangsang otot rahim yang lemah atau tidak tetap/menentu semasa haid atau selepas bersalin
  • Membantu mempercepatkan dan memudahkan proses bersalin dan disarankan untuk mengambilnya pada akhir bulan kehamilan
  • Melegakan  sakit sendi yang berkaitan dengan masalah haid dan rahim, Sengal pada jari-jari, ibu jari kaki , buku lali dan lenguh serta sakit di pergelangan tangan.
ARNICA MONTANA 
 Leopard's Bane

  • Bertindak sebagai anti-inflammatory dan memulihkan pembaikan sel-sel tisu dengan sempurna
  • Membantu mengawal pendarahan yang banyak samada selepas kemalangan, pembedahan dan bersalin
  • Sangat berguna di dalam kebanyakan kes kecederaan, sakit dan terkejut
  • Ia juga dapat merawat demam juga berguna di dalam kes demam kepialu dan malaria yang berulang-ulang
  • Mencegah dan merawat keguguran
  • Sangat membantu di dalam kes selepas bersalin
  • Membantu merawat sakit gigi dan gusi
SEPIA OFFICIANALIS
Cuttle Fish
  • Ia berfungsi merawat hormon yang tidak seimbang berkait rapat dengan masalah PMS, senggugut yang teruk, menopos dan ulser mulut
  • Merawat masalah sebelum, semasa dan selepas hamil terutamanya tekanan emosi dan penyakit fizikal lain seperti loya, letih, keputihan, sakit kepala, pening kepala, 
  • Membantu merawat prolaps, kencing yang tidak terkawal juga kesakitan sewaktu melakukan persetubuhan
  • Mengembalikan tenaga secara fizikal dan mental terutamanya otot bahagian belakang dan tepi juga memulihkan kembali otot-otot yang lemah
  • Melancarkan perjalanan darah, 
  • Membantu merawat bengkak varikos 
  • Merawat sakit kulit seperti panau, tompok-tompok  gatal tidak berwarna.
  • Merawat kebanyakan kes menopos.
PULSATILLA 
Wind Flower
  • Tidak datang haid, lewat dan lambat haid.
  • Sangat membantu di dalam kes-kes mengandung seperti tidak dapat mengawal kencing, masalah pencernaan, letih, alahan, mengidam makanan tertentu.
  • Membantu memperbetulkan bayi songsang kembali normal.
  • Merawat bengkak susu disertai dengan sakit .
  • Merawat batuk, selsema , sinus dan jangkitan mata
  • Merawat sistem pencernaan ,pening kepala, muntah, cirit-birit, buasir disertai gatal
NUX VOMICA 
 Poison nut

  • Membantu merangsang sistem saraf dan penghadaman.
  • Membantu melancarkan air kencing, merangsang selera makan .
  • Memulihkan kesan buruk selepas pengambilan banyak kafein, alkohol atau ubat-ubatan (perangsang), bertindak sebagai bahan menyahkan toksik dalam badan
  • Merawat insomnia, bengkeng dan sakit kepala
  • Merawat demam selsema yang disertai dengan bersin, sakit dan gatal tekak, sakit badan dan hidung tersumbat
  • Merawat kesihatan wanita seperti bengkak pada saluran kencing, kencing tersekat, senggugut yang teruk boleh menyebabkan pengsan dan tercetus kamarahan yang tidak terkawal
  • Membantu masalah wanita hamil seperti letih dan penat, kencing kerap, kebas-kebas pada lengan, kejang pada kaki ,sembelit dan alahan.
SYMPHORICARPUS RACEMOSA 
Snowberry 

  • Remedi homeopathy yang sangat disyorkan di dalam merawat alahan dan muntah secara berterusan terutamanya bagi ibu mengandung.
  • Merawat gangguan dan serangan gastrik, selera yang berubah-ubah, loya, pahit mulut, menolak sebarang makanan, 
  • Membantu merawat sembelit.
  • Merawat loya semasa haid dan hamil.
HYPERICUM 
St. John's-wort
  • Merawat kecederaan , luka luar dan dalam dengan cepat dan berkesan.
  • Membantu merawat sakit saraf seperti sakit di hujung jari dan tulang belakang.
  • Pemulihan  sakit selepas kemalangan, pembedahan, terkena tusukan dan gigitan binatang.
  • Pencegahan tetanus (kancing gigi).
  • Membantu merawat sakit gigi dan ketidakselesaan selepas mendapatkan perawatan gigi.
CALENDULA OFFICIANALIS 
 Marigold
  • Bertindak sebagai antiseptik dan anti-inflammatory.
  • Merawat gusi berdarah selepas mencabut gigi.
  • Merawat luka dan kulit terkoyak.
  • Merawat sakit kulit seperti ekzema.
  • Merawat ulser varikos dan kaki.
  • Merawat luka selepas pembedahan.
  • Merawat otot dan buku lali pecah.
  • Membantu memulihkan tisu perineum terkoyak sewaktu melahirkan bayi.
ALFALFA
Medicago sativa
  • Membantu menambahkan kualiti dan kuantiti susu ibu yang menyusu dengan memberinya dalam bentuk cecair, 5-10 titik setiap 4 kali sehari.
  • Tonik yang sangat baik untuk menambahkan selera makan, menambahkan berat badan dengan memberinya dalam bentuk cecair.
Telah terbukti berkurun lamanya ubat homeopathy tidak mengandungi sebarang kesan sampingan yang telah diiktiraf oleh Persatuan Kesihatan Dunia(WHO). Ianya selamat digunakan di dalam perawatan kanak-kanak dan bayi juga wanita mengandung kerana tiada kesan toksik, kesan dadah dan racun juga tiada ketagihan.

Tuang ubat ke dalam bekas penutup terus masukkan ke dalam mulut tanpa memegang dan menyentuhnya dengan tangan. Cara yang paling baik dengan menghisap atau mengunyah ubat/tablet serta tidak mengambilnya dengan makanan dan minuman atau sewaktu perut kosong.

*Walaubagaimanapun anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor-doktor bertauliah sekiranya  tercetus atau timbul simtom-simtom atau gejala-gejala yang membimbangkan.

"STAY HEALTHY WITH HOMEOPATHY , ACUPUNCTURE & CUPPING"

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh
 hubungi kami di talian tertera

PHA HOTLINE   016-6928 414(sms/whatsapp)