Sunday, July 5, 2015

DOKTOR BERTUGAS

PERUBATAN HOMEOPATI ALANIAH
Homeopathy- Acupuncture - Cupping
 (001528234-H)

DOKTOR YANG MERAWAT ANDA 

H/Dr Hajah Alaniah merupakan seorang Pengamal Homeopati terlatih yang telah berkecimpung di dalam bidang homeopathy selama hampir 20 tahun. 

Beliau mendapat pendidikan awal dalam bidang Homeopati di Pakistan Central Homeopathic Medical College & Hospital (PCHMCH - girl's college), Nazimabad Karachi Pakistan pada tahun 1987 hingga 1991. 

Berbekalkan ilmu homeopathy yang diperolehi daripada kolej tersebut, beliau memulakan tugas pertama beliau di sebuah klinik homeopati tersohor di Kampung Baru Kuala Lumpur iaitu klinik PERUBATAN HOMEOPATI IBUKOTA milik kepada "Bapa Perubatan Homeopati" termasyhur di Malaysia arwah Prof Dr Nik Omar Nik Daud pada akhir bulan November 1991. 

Banyak pengalaman yang ditimba di klinik tersebut dengan mempraktikkan pelbagai cara rawatan yang ditawarkan di klinik Dr Nik Omar seperti terapi akupuntur, bekam, juga rawatan homeopati melalui elektronik komputer iaitu mengesan penyakit melalui rambut dengan memberi ubat-ubatan homeopati yang sesuai kepada pesakit mengikut teori keseraksian .

Beliau kemudian menyambung lagi pengajian sehingga ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Advanced Diploma in Homeopathy (AD.Hom) pada tahun 1997 yang kini dikenali sebagai Bachelor of Homeopathic Medicine (BHMS) dari FAHOM (The Faculty of Homeopathic Malaysia). 

Beliau merupakan perintis pertama pelajar homeopati menerima biasiswa daripada FAHOM melanjutkan pelajaran ke Karachi Pakistan pada waktu itu, disusuli dengan beberapa orang pelajar-pelajar lain masing-masing menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian mereka seperti di India dan Lahore.

Terima kasih tidak terhingga kepada arwah kerana menaruh kepercayaan dengan memberi biasiswa sepenuhnya daripada FAHOM dan memilih saya menjadi salah seorang daripada ahli keluarga homeopati Malaysia, jasa mu tetap dikenang sehingga ke akhir hayat.

Dengan semangat kental yang dimiliki oleh ibu kepada tiga orang anak lelaki, beliau tidak pernah jemu menambah ilmu dan pengalaman serta didorongi dengan keinginan dan kemahuan untuk mendalami ilmu akupuntur dan bekam sejajar dengan permintaan yang tinggi di dalam perkhidmatan tersebut beliau sekali lagi menjuruskan diri mendalami bidang ini dengan mendapat penghargaan pelajar terbaik dan memperolehi sijil Diploma in Classical Acupuncture & cupping (DipAc) daripada" Research Institute Malaysia in Acupuncture" (RIMAC), milik sepenuhnya oleh FAHOM pada 30 Nov 2006. 

Prof Dr Nik Omar Nik Daud mempunyai pengalaman yang sangat luas di dalam bidang homeopati, akupuntur dan bekam juga pensyarah di fakulti homeopati dan memberi ceramah - ceramah kesihatan di mana-mana jabatan atau firma apabila dijemput. 

Tidak kurang juga beliau suka berkongsi ilmu Homeopathy samada di konti radio dan apa-apa sahaja rancangan yg berkaitan dengan kesihatan Homeopathy di television Malaysia apabila dijemput.

Beliau selaku Presiden Homeopathy Malaysia, Homeopati Liga Kebangsaan dan Dunia sangat aktif berpersatuan dan menghadiri mana2 Konferen Homeopathy dalam dan luar negara. Pernah beberapa kali menjadi tuan rumah menganjurkan konferen homeopathy di Malaysia.

Beliau dikenali seantara dunia dikalangan para pengamal homeopati kerana kesungguhan beliau membawa masuk, berkongsi ilmu yang sangat bermanafaat untuk dikenali umum dan dipraktikkan demi kesejahteraan dan kesihatan ummah. 

Ilmu homeopati yang tidak diketahui ramai sebelum ini dianggap sebagai hidup segan mati tak mahu namun kini telah banyak klinik-klinik Homeopathy tumbuh melata bak cendawan tumbuh hampir di setiap negeri di Malaysia dan semenanjung termasuk Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. 

Beliau sendiri telah memiliki beberapa cawangan klinik homeopati di Kota Bharu Kelantan dan juga di sekitar bandaraya Kuala lumpur.

Ia menggambarkan satu pencapaian ulung yang tidak ternilai digapai oleh sekumpulan anak-anak melayu yang berjiwa kental memperkenalkan kaedah rawatan homeopati di Malaysia dan di mata dunia sebagai satu rawatan alternatif yang sepatutnya diwawarkan kerana usaha gigih mereka memperkenalkan sistem rawatan ini amatlah disanjung tinggi kerna ia bertujuan untuk sama-sama membantu meningkatkan tahap kesihatan masyarakat sejagat. 

Dengan adanya rawatan alternatif seumpama mereka juga berpeluang memilih jenis rawatan yang mereka kehendaki untuk kebaikan dan kesejahteraan keluarga dan ummah.

Rawatan homeopathy membuka mata dan mendapat sambutan yang baik di kalangan masyarakat Malaysia hari ini sejurus ianya dapat meningkatkan tahap pencapaian kesihatan yang membanggakan. 

Telah terbukti keberkesanannya di dalam merawat penyakit tidak kira penyakit akut atau kronik ke arah kesejahteraan dan penyembuhan secara berkekalan dengan selamat dan berkesan tanpa ada sebarang kesan sampingan kepada pesakit atau pengguna.

Berbekalkan ilmu yang ada, Alaniah sekali lagi memberanikan diri melangkah ke depan untuk menambah pengalaman di dalam bidang Homeopathy menjadi salah seorang daripada konsultan Homeopathy di Pusat Perubatan Homeopathy Zuhairni, Jalan Raja Muda Musa Kg Baru Kuala Lumpur. 

Khabar gembira setelah hampir setahun menimba pengalaman di Klinik PPHZ beliau kemudiannya mengikuti suaminya bertugas di kedutaan Malaysia Cairo, Egypt. 

Semasa di luar negara selama 4 tahun, beliau membawa bekalan ubat ubatan Homeopathy ke sana. Beliau telah berkhidmat secara sukarela merawat pelajar, rakyat Malaysia dan pegawai Kedutaan Malaysia di sana yang memerlukan rawatan Homeopathy di samping terus praktis Homeopathy untuk diri sendiri dan dan keluarga.

Sekembalinya ke tanahair, berbekalkan pengalaman di dalam dan luar negara beliau telah menubuhkan klinik beliau sendiri iaitu klinik "Perubatan Homeopati Alaniah" di Bandar Seri Putra Kajang pada tahun 2004.

Dengan tertubuh nya klinik Homeopathy ini beliau berharap dapat berkongsi sedikit ilmu dan membuka mata masyarakat dan penduduk setempat kebaikan dan keberkesanan rawatan Homeopathy serta fungsi tindakbalas ubat homeopathy terhadap tubuh badan manusia secara terperinci dan meluas.

Beliau dengan luhur hati ingin berkongsi ilmu perawatan homeopati , akupuntur dan bekam dengan melahirkan beberapa artikel melalui penulisannya di blog yang akan dikemas kini kan dari masa ke semasa untuk tatapan pembaca semua.

Sokongan masyarakat sejagat terhadap rawatan Homeopathy amatlah diperlukan untuk menaikkan taraf dan martabat sistem rawatan ini di Malaysia sepertimana Homeopathy di luar negara insha Allah biiznillah.

SEBARANG PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI ATAU DATANG TERUS KE KLINIK YANG BERALAMAT DI:

4-2 (1st floor), Jalan Seri Putra 1/1, 
Bandar Seri Putra 43000 
Kajang Selangor 
Malaysia

PHA HOTLINE     016-6928414


ATAU E-MAIL KAMI DI:

homeo_ala@hotmail.com
hdrala68@gmail.com

http/homeopatialaniah.blogspot
Fb page:Perubatan Homeopathy Alaniah
Instagram:Alazain68


"Homeopathy safe, quick & effective method of healing"


"One Stop Centre for Homeopathy, Acupuncture & Cupping"

Please bring along together with you among  your family, relatives, neighbours, friends, acquantances and colleagues to PHA without any hesitant or delay. Please leave your problems here Insha Allah we will try our best to resolve it.






No comments:

Post a Comment