Wednesday, August 26, 2020

Testimoni & remedi homeopathy

 
Bagi   mereka   yang   dah   biasa menggunakan rawatan  homeopathy sangat mudah kerana ubat-ubat   tersebut   sudah   serasi   dengan    mereka. 


Mereka  akan  memberitahu  nama-nama  remedi yang   diperlukan   dan  saya akan prepare remedi tersebut    secara    fresh.  Jarang   saya   prepare 

remedi awal-awal, confirm mereka nak baru  saya prepare. 


Tujuan  menyediakan  secara fresh tidak lain dan tidak bukan untuk mengekalkan keberkesanan

dan long lasting @ ketahanan ubat supaya dapat  digunakan   atau    disimpan   lebih    lama. 


Sebaik-baik nya ubat homeopathy disimpan dalam 

satu bekas @container  kedap  udara yang tidak terdedah kepada cahaya matahari dan elakkan berdekatan dengan sebarang tenaga elektrik  dan  bau-bauan yang   kuat    seperti   minyak  angin,  minyak pati essential  oil,  perfume   samada   di rumah   atau dalam tas tangan. 


Puan Nazatul Shima dari KUIS sudah lama mengamalkan ubat  homeopathy untuk anak-anak  dan   keluarga   di rumah.  


Ubat  yang biasa ditempah oleh Puan Nazatul Shima  untuk bekalan   first   aid    di rumah  seperti      Aconite Napellus   30c  dan  Arnica Montana 30c.


Banyak manfaat kedua-dua ubat ini  dibekalkan  di rumah especially  bagi  mereka  yang  mempunyai  anak- anak  kecil  dan   pada  masa yang   sama  ianya boleh digunakan untuk dewasa juga.


Mari kita   lihat   kegunaan   kedua-dua     remedi homeopathy ni.


ACONITE NAPELLUS

  • Membantu merawat demam, batuk dan selsema di peringkat awal.
  • Membantu merawat jangkitan pernafasan di peringkat awal.
  • Membantu merawat jangkitan mata dan telinga.
  • Membantu merawat masalah yang berkaitan sewaktu bersalin seperti timbul perassan takut menghadapi pengalaman pertama di saat bersalin dan sukar membuang air kecil.
  • Membantu merawat perasaan takut, terkejut,  dan cemas. Seperti anxiety disorder, panic attacks, phobias.


ARNICA MONTANA

  • Membantu merawat bengkak atau benjol dan lebam akibat terjatuh, tersepak, terhentak, terhantuk
  • Membantu merawat demam seperti demam urat atau demam selepas jatuh atau mengalami kecederaan.
  • Membantu merawat sakit urat dan sendi
  • Membantu merawat ligamen terkoyak selepas kecederaan.
  • Membantu merawat keadaan terkejut(shock and trauma)
  • Membantu merawat kecederaan dan penjagaan selepas pembedahan.
  • Membantu merawat masalah kulit seperti kulit bengkak dan keras akibat digigit serangga, bed sores, timbul bintik2 merah kecil yg disertai sakit, skin eruptions, varicose ulcers.
  • Membantu merawat sakit gigi dan gusi.
  • Membantu merawat sakit selepas bersalin.


Saya   merujuk     kepada   kitab   homeopathy   dan Materia   Medica    yang   biasa  digunakan  di klinik juga   berdasarkan   sedikit    pengalaman  


dan ilmu merawat sebagai pengamal homeopathy @ homeopathic practitioner semenjak tahun 1990an.


-Encyclopedia of Homeopathy by Dr Andrew Lockie
-Repertory of Materia Medica


PERUBATAN HOMEOPATI ALANIAH 

BDR SERI PUTRA

Homeopathy-Acupuncture-Cupping


PHA hotline 0166928414

Email:            homeo_ala@hotmail.com

                       hdrala68@gmail.com

Fb page:        Perubatan Homeopathy Alaniah

Blogspot       http//homeopati.alaniah


 

Tuesday, August 25, 2020

Yakin dengan rawatan homeopathy

Bukan mudah untuk meyakinkan masyarakat untuk mempercayai rawatan homeopathy terutamanya mereka yang baru berjinak-jinak untuk mengenalinya.   

Walaupun rawatan ini sudah lama bertapak di bumi Malaysia namun masih ada segelintir yg kurang faham rawatan ini dan ada sesetengah yg tidak tahu langsung. 

Kalau 20 tahun lepas hanya golongan tertentu sahaja  mengenali homeopathy tetapi kini hampir di setiap negeri terdapat klinik homeopathy bahkan terdapat  beberapa klinik homeopathy di daerah yang sama, mudah nak cari rawatan homeopathy sekarang. 

Pelbagai ragam customer yang datang  mendapatkan rawatan di sini, ada sesetengah yang datang untuk kali pertama dan terakhir tanpa ulangan lagi kerana tidak yakin. Mungkin juga ada segelintir yang ingin melihat hasil segera nak cepat baik tak mahu ulang-ulang lagi.

Ada juga yang datang kembali setelah lama berhenti rawatan. Kami tidak memaksa hanya remind mereka supaya rawatan perlu diteruskan bagi mereka yg memerlukan kepada rawatan susulan bergantung kepada sakit yang dihidapi. 

Ada juga sesetengah mereka yang sudah lama mengamalkan homeopathy mereka datang membeli ubat dengan hanya memberi nama remedi sahaja dan saya akan prepare ubat tersebut. 

Ada juga yang datang merawat di sini kerana menemui jalan buntu setelah berubat di merata tempat tetapi tiada hasil yang mereka nampak. Bersabar dalam merawat inshaallah ada jalan.

Satu keluarga ni tidak mengenali homeopathy langsung dari awal hanya melalui bacaan beliau tentang rawatan homeopathy melalui internet. Beliau ingin mencuba untuk anak-anak yang kerap kena demam, batuk dan selsema. 

Yang menguatkan lagi beliau  ingin mencuba kerana ubat-ubat homeopathy diperbuat dari bahan-bahan semulajadi dan selamat digunakan. Bermula dengan rawatan anak-anak sakit akut seperti demam, batuk, selsema, tonsil, melepuh mulut dan sebagai.

Diulang-ulang sehingga mendatangkan hasil yang memuaskan kemudian mencuba pula untuk diri sendiri dan ahli keluarga yg lain.  

Hampir berbelas tahun mereka setia dengan kami  dari klinik lama dulu sehingga klinik sekarang yang bertempat atas pizza hut delivery Bdr Seri Putra. 

Mereka datang kepada kami bukan bererti mereka lupa rawatan lain dan datang atas inisiatif mereka sendiri ingin mencuba rawatan homeopathy kerana pilihan merawat di tangan mereka. 

Mereka juga membuat check up untuk anak-anak dan diri sendiri di klinik biasa bila ada keperluan. 

Mudah mereka yg berfikiran positif dan very open minded boleh menerima rawatan alternatif lain. Apabila ikhlas dan bersangka baik Allah mempermudahkan jalan sejurus menyembuhkan sakit yang tertanggung.

Saya sentiasa mendoakan kesihatan tuan-tuan dan           puan-puan semua dalam keadaan yang baik dan                sihat  sejahtera selalu, insha allah.

Amiin Ya Rabbal Alamin

PHA hotline 0166928414