Tuesday, August 25, 2020

Yakin dengan rawatan homeopathy

Bukan mudah untuk meyakinkan masyarakat untuk mempercayai rawatan homeopathy terutamanya mereka yang baru berjinak-jinak untuk mengenalinya.   

Walaupun rawatan ini sudah lama bertapak di bumi Malaysia namun masih ada segelintir yg kurang faham rawatan ini dan ada sesetengah yg tidak tahu langsung. 

Kalau 20 tahun lepas hanya golongan tertentu sahaja  mengenali homeopathy tetapi kini hampir di setiap negeri terdapat klinik homeopathy bahkan terdapat  beberapa klinik homeopathy di daerah yang sama, mudah nak cari rawatan homeopathy sekarang. 

Pelbagai ragam customer yang datang  mendapatkan rawatan di sini, ada sesetengah yang datang untuk kali pertama dan terakhir tanpa ulangan lagi kerana tidak yakin. Mungkin juga ada segelintir yang ingin melihat hasil segera nak cepat baik tak mahu ulang-ulang lagi.

Ada juga yang datang kembali setelah lama berhenti rawatan. Kami tidak memaksa hanya remind mereka supaya rawatan perlu diteruskan bagi mereka yg memerlukan kepada rawatan susulan bergantung kepada sakit yang dihidapi. 

Ada juga sesetengah mereka yang sudah lama mengamalkan homeopathy mereka datang membeli ubat dengan hanya memberi nama remedi sahaja dan saya akan prepare ubat tersebut. 

Ada juga yang datang merawat di sini kerana menemui jalan buntu setelah berubat di merata tempat tetapi tiada hasil yang mereka nampak. Bersabar dalam merawat inshaallah ada jalan.

Satu keluarga ni tidak mengenali homeopathy langsung dari awal hanya melalui bacaan beliau tentang rawatan homeopathy melalui internet. Beliau ingin mencuba untuk anak-anak yang kerap kena demam, batuk dan selsema. 

Yang menguatkan lagi beliau  ingin mencuba kerana ubat-ubat homeopathy diperbuat dari bahan-bahan semulajadi dan selamat digunakan. Bermula dengan rawatan anak-anak sakit akut seperti demam, batuk, selsema, tonsil, melepuh mulut dan sebagai.

Diulang-ulang sehingga mendatangkan hasil yang memuaskan kemudian mencuba pula untuk diri sendiri dan ahli keluarga yg lain.  

Hampir berbelas tahun mereka setia dengan kami  dari klinik lama dulu sehingga klinik sekarang yang bertempat atas pizza hut delivery Bdr Seri Putra. 

Mereka datang kepada kami bukan bererti mereka lupa rawatan lain dan datang atas inisiatif mereka sendiri ingin mencuba rawatan homeopathy kerana pilihan merawat di tangan mereka. 

Mereka juga membuat check up untuk anak-anak dan diri sendiri di klinik biasa bila ada keperluan. 

Mudah mereka yg berfikiran positif dan very open minded boleh menerima rawatan alternatif lain. Apabila ikhlas dan bersangka baik Allah mempermudahkan jalan sejurus menyembuhkan sakit yang tertanggung.

Saya sentiasa mendoakan kesihatan tuan-tuan dan           puan-puan semua dalam keadaan yang baik dan                sihat  sejahtera selalu, insha allah.

Amiin Ya Rabbal Alamin

PHA hotline 0166928414

 

No comments:

Post a Comment