Monday, April 25, 2011

NIKMAT SENTUHAN ALANIAH (USAHAWAN NONA)

Tidak ramai gadis sanggup menyeberangi lautan sekadar mempelajari bidang perubatan.Sewaktu persekolahannya dia meminati jurusan kedoktoran 
tetapi dia tidak menyangka bidang yang diceburinya ialah kerjaya mencabar iaitu "Kedoktoran Homeopati" yang agak asing di Malaysia. 

Setelah tamat sekolah menengah Ala terus memasuki Fakulti Perubatan homeopati Malaysia kampus induk di Kota Bharu, Kelantan. 

Setelah setahun di Kota Bharu, Ala menerima biasiswa meneruskan pengajian perubatan ke Pakistan central Homeopathic medical College & Hospital di Karachi, Pakistan pada tahun 1987 dan tamat pengajian akhir 1991 khusus dalam bidang perubatan homeopati, "demikian kata Doktor Homeopati Alaniah Binti Haji Mohd Zain yang sedang membuat housemanship di Pusat Perubatan Homeopathy Ibukota ,Jalan Raja Alang, Kg baru Kuala Lumpur. 

Alaniah menceburi bidang ini kerana masyarakat Malaysia masih belum memahami perubatan homeopathy sepenuhnya. Di samping itu kerana bidang ini hanya diceburi oleh kaum lelaki sahaja. 

Homeopati ialah sistem perubatan berasaskan perawatan semulajadi atau "natural way of healing". Bahan yang digunakan terdiri daripada dedaun, bunga-bungaan, kulit kayu, bahan kimia dan logam. 

Bahan-bahan ini diproses dengan suatu kaedah yang dikenali sebagai 'potentisation dan succession' atau memperhaluskan bahan akloid dalam ubat-ubatan tersebut untuk mengasingkan bahan toksid pada ubat supaya ia bersih dan selamat digunakan sebagai ubat. 

Perubatan homeopati banyak diamalkan oleh orang-orang Eropah seperti di England, Perancis dan Jerman kerana mereka sedar bahawa ubat-ubatan homeopati tidak mengandungi bahan-bahan kimia tanpa apa-apa ketagihan atau kesan sampingan.

Cara perubatan ini digemari kaum wanita dan kanak-kanak Inggeris kerana ubat-ubatnya lembut. Malah homeopati mempunyai pertalian rapat dengan keluarga Diraja England. 

Queen sendiri menjadi penaung "The Royal London Homeopathic Hospital" sementara bonda Queen menjadi penaung "Persatuan Pengamal Homeopathy British", manakala Raja Gloucester menjadi Presiden "Homeopathic Trust" dan Raja Perempuan Alice ialah penaung "Blakie Homeopathy Foundation". 

Dalam menjalankan tugas harian nya di Homeopati 
Ibukota, Alaniah banyak menekankan soal-soal kaunseling dan khidmat nasihat kepada pesakit. 

Sentuhan jari-jari Alaniah yang lembut dan halus ke atas pesakit sudah mencukupi untuk menyembuhkan penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh pesakit-pesakit yang datang mendapatkan khidmat beliau. 

Doktor Homeopati Alaniah adalah anak jati Kubang Kerian, kota Bharu, Kelantan bercita-cita membuka klinik homeopati nya sendiri di masa akan datang, sebaik sahaja menghabiskan housemanship nya di Pusat homeopati Ibukota. 

Petikan majalah (Nona )15 Disember 1992 OLEH NIK OMAR HJ NIK DAUD

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi kami di talian tertera di bawah.

PERUBATAN HOMEOPATI ALANIAH
Homeopathy-Acupunture-cupping
4-2 (1st floor) Jalan Seri Putra 1/1,
Bandar Seri Putra  43000 
Kajang, Selangor.

PHA hotline: 016-6928 414
Fb page:        Perubatan Homeopathy Alaniah
Email:             hdrala68@gmail.com
                        homeo_ala@hotmail.com
Instagram:    Alazain68
       

WAKTU RAWATAN PHA TERKINI
Sabtu - Khamis  11am - 5pm
Cuti umum          10am - 3pm
Jumaat                 CUTI PHA

Semua rawatan melalui temujanji sahaja. Sebarang perubahan waktu dan masa akan dimaklumkan dalam fb page dan whatsapp group PHA Bdr Seri Putra.
                                                     
Apa yang dipaparkan tidak lain dan  tidak bukan  hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman selama berjuang dalam  homeopathy ke arah kesejahteraan ummah.

"STAY HEALTHY WITH HOMEOPATHY, ACUPUNCTURE
 & CUPPING"



No comments:

Post a Comment