Wednesday, May 4, 2011

TONIK MUDAH BERSALIN HOMEOPATHY

PERUBATAN HOMEOPATI ALANIAH
Homeopathy  - Akupuntur - Bekam  (001528234-H)


Ibu mengandung seharusnya sentiasa berada
di dalam keadaan tenang dan gembira

ANDA CERGAS DAN BAYI SIHAT MELALUI HOMEOPATHY

Memang tidak dapat dinafikan lagi di saat getir  ibu hamil yang ingin melahirkan anak pada hakikatnya mereka tidak dapat lari daripada mengalami keperitan dan kesakitan sewaktu hendak bersalin hanya dengan berkat kesabaran dan ketabahan  yang dibekalkan dengan keimanan yang tinggi dan malu sahaja yang boleh menghalang ibu daripada menjerit dan melolong kesakitan sewaktu melahirkan bayi seolah-olah nyawa berada dihujung kuku. Bagi ibu-ibu yang bernasib baik mereka akan mengalami kesakitan hanya beberapa minit sahaja namun bagi ibu-ibu yang tidak bernasib baik mereka akan mengalami kesakitan  berlarutan sampai berjam-jam dan tidak kurang juga tempoh masa yang mereka alami menjangkau hingga satu ke dua hari sehingga ibu berkenaan mengalami kepenatan dan keletihan.


Kesakitan berlaku adalah disebabkan oleh kekurangan oksigen ketika penguncupan rahim, penekanan urat saraf di bahagian pintu rahim atau serviks dan bahagian bawah rahim, penekanan urat saraf di bahagian serviks dan bahagian bawah rahim, pembukaan pintu rahim dan pembukaan perineum. Kalau diberi pilihan mungkin mereka akan memilih tempoh yang singkat untuk melahirkan anak kerana tidak tahan dengan derita kesakitan yang membuatkan sesetengah  ibu serik untuk melahirkan anak namun itu yang dikatakan nikmat yang telah dianugerahkan kepada kaum ibu untuk merasai dan mengalami saat-saat melahirkan dengan hati yang tenang dan gembira.

Saya  amat yakin sejajar dengan arus pertumbuhan ekonomi sedar tidak sedar sudah lama kita berada di dalam kelompok dunia celik komputer sebarang maklumat hanya berada dihujung jari anda "kalau hendak seribu daya tak hendak seribu dalih" begitu juga dengan arus perkembangan  ilmu sains homeopathy yang boleh dikatakan sedang mencapai ke tahap yang memuaskan dan terkenal di kalangan masyarakat Melayu amnya namun terdapat segelintir yang masih belum memahami kaedah rawatan ini dan tidak kurang juga yang mengetahuinya hanya pada nama. Kami berusaha mencari jalan bagaimana untuk  membantu golongan hawa yang berhadapan dengan masalah ini melalui cara perawatan homeopathy yang telah berjaya menghasilkan ubat dan makanan kesihatan homeopathy yang telah terbukti keberkesanannya. Ia bertujuan untuk membantu mengurangkan kesakitan ibu hamil di saat kelahiran di samping memberi  kesihatan kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan mereka.

Pengambilan pelbagai buah-buahan
dan sayur-sayuran berkhasiat untuk
 kesihatan ibu dan bayi.
Pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang secara konsisten juga harus dititikberatkan oleh ibu hamil untuk mengelakkan mereka mengalami sebarang komplikasi yang menjuruskan  mereka menjadi semakin kurang sihat dan kurang cergas manakala tumbesaran bayi dalam kandungan pula terbantut. Kajian telah membuktikan bahawa ibu hamil yang mengalami banyak komplikasi datangnya daripada ketidakseimbangan makanan yang diambil, kurang prihatin tentang kepentingan makanan berkhasiat serta kurang pengetahuan di dalam menjaga kesihatan. Kehidupan di kota juga mendedahkan ibu kepada pencemaran alam, udara dan air ditambah pula dengan tekanan hidup yang   mencabar      dan ketegangan emosi yang mengakibatkan proses pencernaan dan penghadaman menjadi tidak sempurna.  
Susu merupakan sumber kalsium
 penting untuk pembentukan tulang
yang sihat dan kuat
Rawatan homeopathy telah diiktiraf berkurun lamanya sebagai suatu rawatan alternatif yang tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan kepada pesakit atau pengguna terutamanya ibu mengandung dan bayi yang dikandung kerana ia tidak mengandungi sebarang kesan dadah dan racun merbahaya sehingga memudaratkan. Untuk menangani masalah ini penggunaan ubat homeopathy memainkan peranan yang penting, ianya diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan yang telah disaripatikan atau diperhaluskan juga bahan galian terpilih yang selamat digunakan dan tidak mengandungi sebarang kesan sampingan. Makanan kesihatan atau ubat homeopathy boleh diambil dari seawal kehamilan sehingga bersalin dan dilanjutkan sebaik sahaja selepas bersalin sehingga habis tempoh pantang.


Peringkat perkembangan janin dari minggu ke-8 sehingga minggu ke-40
Hasil penyelidikan yang telah dibuat oleh Dr Schuessler seorang doktor homeopathy berbangsa Jerman mendapati lebih 95% ibu-ibu yang menggunakan pil mudah bersalin dapat bersalin dengan mudah dan selamat tanpa mengalami kesakitan yang teruk. Ia dirumuskan dengan menggunakan kaedah perawatan  homeopathy dan biokimia bagi membantu menyihatkan dan mengurangkan kesakitan ibu sewaktu melahirkan. Makanan kesihatan ini boleh dikategorikan kepada 3 bahagian iaitu penjagaan sebelum, penjagaan semasa (mudah bersalin) dan selepas bersalin.


FUNGSI PENJAGAAN SEBELUM BERSALIN:-
  • Menguatkan daya ketahanan badan supaya tidak mudah diserang penyakit.
  • Menghalang dan mencegah daripada berlaku keguguran atau komplikasi lain.
  • Kandungan biokimia atau zat galian bertindak untuk mencerdaskan otak dan menguatkan tulang, gigi, urat saraf juga otot ibu dan bayi.
  • Mengelakkan daripada berlaku kekejangan dan krem kepada ibu mengandung.
  • Membantu mengurangkan alahan mengandung bagi ibu hamil.
FUNGSI UBAT MUDAH BERSALIN:-
  • Mengurangkan sakit pinggang ibu sewaktu hendak bersalin.
  • Bertindak sebagai pelincir iaitu melicinkan sekitar kandungan supaya bayi dapat keluar dengan mudah.
  • Melembutkan otot-otot di sekitar kandungan ibu bagi memudahkan proses bersalin tanpa menunggu begitu lama.
FUNGSI PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN:-
  • Menyembuhkan luka luar dan dalam dengan cepat dan sempurna.
  • Mengurangkan sakit yang dialami selepas bersalin.
  • Membantu mengecutkan peranakan ibu dengan cepat .
  • Mengembalikan semula tenaga zahir dan batin, fizikal dan mental juga spiritual.
  • Bertindak mencuci  dan membersih serta menguatkan dan memulihkan peranakan ibu kembali seperti  keadaan asal.
  • Menguatkan daya ketahanan ibu bagi melawan sebarang penyakit dan memulihkan kesihatan ibu secara keseluruhan seperti sediakala.
  • Melancarkan perjalanan darah ibu.
Pada peringkat akhir kehamilan 
biasa nya kepala bayi berada di
bahagian bawah   antara tulang  
pinggul ibu,  pada mulut rahim.
Pengalaman saya menjadi ibu kepada 3 orang anak lelaki, alhamdulillah kami dikurniakan dengan anak-anak yang sihat dan pintar pada pengamatan saya . Merasai saat getir melahirkan anak amat menguji keimanan dan kesabaran saya terutamanya apabila melahirkan anak sulung lelaki. Ianya dikira sebagai mengambil peluang untuk menguji  ubat mudah bersalin atau makanan kesihatan tersebut ke atas diri saya sendiri, Alhamdulillah saya bersalin normal untuk ketiga-tiga anak lelaki saya. Kebetulan pula saya mempunyai dan memiliki ubat-ubat homeopathy sendiri dengan itu saya tidak teragak-agak mengambil  peluang untuk menguji  ubat-ubat homeopathy tersebut terhadap apa jua jenis penyakit kepada anak-anak, keluarga terdekat juga pesakit-pesakit yang datang ke klinik untuk mendapatkan  khidmat nasihat daripada saya hatta terhadap diri sendiri sekadar yang termampu, saya hanya berikhtiar dan berusaha menyebarkan ilmu  sebaik mungkin untuk dikongsi bersama " buang yang keruh ambil yang jernih" terutamanya kaum hawa yang  berhadapan dengan masalah ini kami hanya berikhtiar tetapi Allah yang menyembuhkan dan menentukan segala-galanya. Hari ini kita semua diberi  kesihatan yang baik mampu bergerak ke sana ke mari, esok lusa belum tentu kerana kita sentiasa berada di dalam pengujian dan pengawasan Allah swt kita hanya manusia biasa yang tidak bisa merobah segala ketentuaan Ilahi, Wallahua'llam.


Permulaan hayat seorang
manusia
Saya telah menjadi salah seorang dari pengguna homeopathy semenjak 20 tahun bahkan  mengambil ubat mudah bersalin homeopati untuk ketiga-tiga anak lelaki daripada seawal tempoh hamil sehingga habis tempoh pantang juga  masalah-masalah lain yang berkaitan  tanpa mengambil jamu-jamu dan produk kesihatan lain, Alhamdulillah kami sihat dengan homeopathy. Keunikan dan keberkesanan ubat-ubatan homeopathy tidak dapat disangkalkan lagi begitu menyerlah dan memukau sesiapa sahaja yang menggunakannya dengan penuh yakin dan sabar membuatkan hati ini terdorong untuk mengajak kaum ibu dan seluruh rakyat Malaysia mencuba rawatan ini. Namun  terdapat juga segelintir ibu-ibu mengandung normal  memilih jalan singkat  meminta doktor supaya melakukan pembedahan semata-mata tidak mahu merasai nikmat kesakitan tersebut. Saya percaya berkat kesabaran dan keimanan yang menebal di dalam jiwa ibu-ibu dapat menghadapinya dengan tenang dan gembira bermula dari seawal tempoh mengandung, di saat melahirkan juga sehingga  habis tempah berpantang. Ibu-ibu semua dilahirkan dengan akal yang waras dan sempurna untuk membuat pilihan dengan tepat " tepuk dada tanya selera".


Peringkat kehamilan ibu bermula dari
awal sehingga  minggu ke-9 kehamilan.
Ia merupakan satu pengalaman yang sangat indah tidak dapat diungkap dengan kata-kata berada di dalam dunia homeopathy yang mempunyai keunikan dan kehebatan  tersendiri, juga memanjat rasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah menganugerahkan saya dengan ilmu homeopathy yang jarang diterokai anak muda pada usia muda saya. Apa tidaknya hampir setiap hari saya menggunakan ubat homeopathy untuk saya dan keluarga sebagai menggantikan makanan tambahan yang terdapat di luar sana juga mempreskripsikan kepada pesakit-pesakit yang memerlukannya. Saya merasa sangat teruja untuk mangajak lebih ramai  anak-anak bangsa dan generasi muda  menerokai dan mendalami bidang ilmu  homeopathy sebaik mungkin dan berharap bumi Malaysia dapat melaksanakan  satu gedung ilmu sains perubatan homeopathy yang masyhur dan berkembang maju setanding  negara-negara  lain  yang  memiliki hospital-hospital dan kolej-kolej homeopathy tersendiri yang telah diiktiraf dan diselaraskan.     
                                                                                                                                    
Walau bagaimanapun ibu-ibu mengandung dinasihatkan dan disarankan supaya berjumpa dengan doktor homeopathy bertauliah untuk mendapatkan bekalan ubat sepanjang tempoh mengandung juga selepas bersalin. Ibu-ibu juga dinasihatkan supaya jangan mengambil jalan mudah terhadap beberapa risiko atau sebarang komplikasi lain yang tercetus sewaktu mengandung dengan mengelakkan atau menangguhkan rawatan ke klinik dan pusat kesihatan terdekat dengan melawat doktor secara konsisten dan rutin untuk memastikan ibu dan bayi berada di dalam keadaan sihat walafiat, Insyallah dengan izin Allah.

SEBARANG MAKLUMAT DAN PERTANYAAN LANJUT BOLEH HUBUNGI KAMI DI TALIAN 

PHA HOTLINE:     016-6928 414(sms/whatsapp)
FB PAGE:               Perubatan Homeopathy Alaniah
EMAIL        homeoala@gmail.com   
PHA ADD:              4-2 (1st floor),Jalan Seri Putra 1/1,
                     Bandar Seri Putra 43000 Kajang Selangor     
                                 Malaysia.


(KLINIK KAMI BERADA DI ATAS PHDELIVERY BANDAR SERI PUTRA SEJAJAR DENGAN BANGI HEIGHT GALLERY, COOL BLOG, SPEEDMART  BANDAR SERI PUTRA)





No comments: