Tuesday, May 10, 2011

UBAT MUDAH BERSALIN HOMEOPATHY


UBAT MUDAH BERSALIN HOMEOPATHY

Dirumuskan khas mengikut kaedah perawatan  biokimia dan ubat homeopati terpilih khusus bagi membantu menyihatkan ibu dan bayi di dalam kandungan juga mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan proses bersalin tanpa menunggu lama. 

Ia diperbuat daripada bahan-bahan galian dan tumbuh-tumbuhan semulajadi yang telah dieksrakkan dan diproses secara saintifik mengikut kaedah perawatan homeopathy dengan memperhaluskan molekul-molekul dan membuang segala racun bisa menjadikan ianya lebih berkesan dan selamat tanpa ada sebarang kesan sampingan kepada pengguna terutamanya ibu hamil dan bayi. 

Rawatan homeopathy telah diiktiraf oleh Persatuan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai satu rawatan alternatif yang tidak memudharatkan pengguna.

Hasil penyelidikan yang telah dibuat oleh Dr.Schuessler seorang doktor homeopati berbangsa Jerman mendapati lebih 95% ibu-ibu yang mengambil ubat mudah bersalin homeopati telah bersalin dengan mudah dan selamat tanpa mengalami kesakitan yang teruk. 

Walau bagaimanapun ibu-ibu hamil dinasihatkan supaya berjumpa dan mendapatkan ubat-ubatan daripada doktor homeopathy bertauliah, Insyallah saya sentiasa mendoakan kesihatan yang terbaik untuk ibu-ibu supaya dapat bersalin dengan mudah, cepat dan selamat. 

Ibu-ibu hamil juga dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan rutin ke klinik-klinik kesihatan terdekat bagi memastikan kesihatan ibu-ibu terjaga dan terpelihara. 

Makanan tambahan ini boleh dikategorikan kepada 3 peringkat bermula daripada bulan ke- tiga sehingga bulan ke- Sembilan dan fungsi selepas bersalin  iaitu:-

FUNGSI PENJAGAAN SEBELUM BERSALIN
  • Menguatkan daya ketahanan badan supaya tidak mudah diserang penyakit.
  • Menghalang dan mencegah daripada berlaku keguguran atau komplikasi lain.
  • Kandungan biokimia atau zat galian bertindak untuk mencerdaskan otak dan menguatkan  tulang, gigi, urat saraf juga otot ibu dan bayi.
  • Mengelakkan daripada berlaku kekejangan dan krem kepada ibu mengandung.
  • Membantu mengurangkan alahan mengandung bagi ibu hamil.

FUNGSI UBAT MUDAH BERSALIN
  • Mengurangkan sakit pinggang ibu sewaktu hendak bersalin.
  • Bertindak sebagai pelincir iaitu melicinkan sekitar kandungan supaya bayi dapat keluar dengan mudah.
  • Melembutkan otot-otot di sekitar kandungan ibu bagi memudahkan proses bersalin tanpa menunggu begitu lama.

FUNGSI PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN
  • Menyembuhkan luka luar dan dalam dengan cepat dan sempurna
  •  Mengurangkan sakit yang dialami selepas bersalin
  •  Membantu mengecutkan peranakan ibu dengan cepat
  • Mengembalikan semula tenaga zahir dan batin, fizikal dan mental juga spiritual
  • Bertindak mencuci  dan membersih serta menguatkan dan memulihkan peranakan ibu kembali seperti  keadaan asal.
  • Menguatkan daya ketahanan ibu bagi melawan sebarang penyakit dan memulihkan kesihatan ibu secara keseluruhan seperti sediakala.
  • Melancarkan perjalanan darah

FUNGSI UBAT MUDAH BERSALIN BERSALIN HOMEOPATHY


Kandungan 4 jenis biokimia dan garam galian  sangat penting diperlukan oleh ibu hamil yang kebiasaannya mengalami masalah kekurangan makanan harian akibat daripada pelbagai serangan penyakit mendadak(akut) sewaktu awal mengandung seperti: 
  • mengalami alahan teruk
  • Sakit kepala
  • Pening kepala
  • Gastrik 
  • Muntah
  • Tiada selera makan 
  • Alah dengan bauan masakan dari dapur
  • Mengidam makanan tertentu
  • Mengalami keletihan dan kepenatan dan sebagainya. 
Ini berpunca daripada ketidakseimbangan dan perubahan hormone yang berlaku secara mendadak ke atas ibu hamil yang kebiasaannya berlaku di awal kehamilan mereka. Pengambilan garam tisu atau biokimia Kali Phos dan Calc Phos secara berterusan sangat penting bagi ibu dan bayi di sepanjang tempoh kehamilan .

CALCIUM PHOSPHATE (CALCAREA PHOSPHORICUM)
  • Berfungsi untuk menguatkan  dan menyihatkan tulang dan gigi
  • Amat baik digunakan selepas pemulihan sakit
  • Memulihkan masalah keletihan dan kelesuan
  • Membantu merawat di dalam kes tumbesaran kanak-kanak
CALCIUM FLUORATUM (CALCAREA FLOURICA)
  • Merawat penyakit yang berkaitan dengan tulang, gigi, dan sendi
  • Merawat gigi  rapuh, gigi longgar dan tidak sihat
  • Membantu memulihkan bengkak varikos/urat bersimpul
  • Merawat bengkak atau radang sendi
  • Merawat sebarang ketumbuhan dan tumor
  • Merawat biji/tumbuhan keras  di atas kepala dan sekitar rahang.

KALIUM  PHOSPHATE (KALIUM PHOSPHORICUM)
  • Zat galian penting untuk saraf otak bagi membantu menajamkan minda dan mencerdaskan otak 
  • Merawat sebarang lendir yang keluar dari kemaluan, saluran kencing, paru-paru serta keluar lendir dalam najis
  • Garam tisu yang sangat penting yang berkaitan dengan penyakit saraf
  •  Merawat perpeluhan yang banyak yang berbau
  •  Mengembalikan semula tenaga selepas kerja berlebihan
  •  Merawat tidur yang tidak menentu dan terganggu
  • Merawat Insomnia, sakit kepala dan sakit belakang
  • Merawat masalah keletihan mental dan fizikal kronik (chronic fatigue syndrome), hampa/putus asa, perasaaan marah,stress dan fikiran kusut.

MAGNESIUM  PHOSPHATE (MAGNESIUM  PHOSPHORICUM)
  • Mengelakkan daripada berlaku pengecutan fiber saraf putih pada saraf dan otot-otot bagi menghalang sebarang kekejangan atau krem (Ia dikenali sebagai garam tisu anti-spasmodic)
  • Ia terdapat di dalam sel-sel darah, otot-otot, saraf, spinal cord,saraf-saraf, tulang dan gigi
  • Mengawal masalah krem dan kekejangan, mencegah berlaku sawan
  • Merawat penyakit saraf terutamanya pada bahagian muka dan anggota badan, lumpuh, menggigil, bergerak-gerak atau merenyut-renyut
  • Melegakan rasa sakit dan bisa urat, sakit telinga, sakit gigi, sakit kepala serta sakit krem di dalam senggugut
  • Mencegah serangan gastrik ,sakit memulas,sakit memulas di dalam kes batu karang, kencing tak lawas
ED 2 (Diambil mulai bulan ke-3 hingga bulan ke-5)
  • Bertindak sebagai anti-inflammatory dan memulihkan pembaikan sel-sel tisu dengan sempurna
  • Membantu mengawal pendarahan yang banyak samada selepas kemalangan, pembedahan, selepas bersalin, kecederaan disertai lebam, bengkak dan sakit
  • Merawat penyakit akut dan kronik akibat daripada terkejut selepas kecederaan atau kemalangan
  • Ia biasanya digunakan di dalam kes pertolongan cemas berikutan selepas kemalangan, pembedahan, melahirkan, kematian atau kesedihan dan perawatan gigi dan gusi
  • Ia juga dapat merawat demam juga berguna di dalam kes demam kepialu dan malaria yang berulang-ulang juga sakit sendi
  • Mengurangkan kesakitan bengkak dan lebam pada vagina selepas bersalin
  • Merawat pendarahan selepas keguguran dan sekaligus mencegah  berlaku keguguran Merawat sakit kulit seperti bisul yang sakit, kulit melepuh/ulser, ulser varikos dan bengkak akibat terkena gigitan serangga, bed sores
  • Merawat bengkak susu, kencing tak lawas, sakit puting susu

 ED 3 (Diambil mulai daripada awal bulan)
  • Remedi homeopathy yang sangat disyorkan di dalam merawat alahan dan muntah secara berterusan terutamanya bagi ibu mengandung.
  • Merawat gangguan dan serangan gastrik, selera yang berubah-ubah, loya, pahit mulut, menolak sebarang makanan
  • Membantu merawat sembelit
  • Merawat loya semasa haid dan hamil

ED 6, ED 9, (Diambil mulai daripada bulan ke-5 hingga bulan ke-9)
  • Membantu merangsang sistem saraf dan penghadaman
  • Membantu melancarkan air kencing, merangsang selera makan 
  • Memulihkan kesan buruk selepas pengambilan banyak kafein, alkohol atau ubat-ubatan (perangsang), bertindak sebagai bahan menyahkan toksik dalam badan
  • Merawat insomnia,perasaan marah dan bengkeng disertai  sakit kepala
  • Merawat demam selsema yang disertai dengan bersin, sakit dan gatal tekak, sakit badan dan hidung tersumbat 
  • Merawat kesihatan wanita seperti bengkak pada saluran kencing, kencing tersekat, senggugut yang teruk boleh menyebabkan pengsan dan tercetus kamarahan yang tidak terkawal
  • Membantu masalah wanita hamil seperti letih dan penat, kencing kerap, kebas-kebas pada lengan, kejang pada kaki ,sembelit dan alahan, krem kaki 
  • Merawat buasir dan sembelit disebabkan kekejangan otot pada saluran anus

ED 10 dan ED 11 (Diambil mulai bulan ke-8 sehingga bersalin)
  • Tonik rahim yang sangat berguna membantu mengawal pendarahan yang banyak semasa haid juga selepas bersalin
  • Menguatkan otot rahim yang lemah
  • Memulihkan dan merangsang otot rahim yang lemah atau tidak tetap/menentu semasa haid atau selepas bersalin
  • Membantu mempercepatkan dan memudahkan proses bersalin dan disarankan untuk mengambilnya pada akhir bulan kehamilan
  • Melegakan  sakit sendi yang berkaitan dengan masalah haid dan rahim, Sengal pada jari-jari, ibu jari kaki , buku lali dan lenguh serta sakit di pergelangan tangan.
  • Gabungan ED 10 dan ED 11 yang sangat baik  diambil pada akhir kehamilan untuk merelakskan  otot rahim bagi memudahkan proses bersalin

FUNGSI UBAT SELEPAS BERSALIN

AD 1 (Diambil beberapa jam selepas bersalin)
  • Mengawal pendarahan dan mengecutkan otot  rahim 
  • Mengawal jangkitan pada alat kelamin selepas bersalin 
  • Mengurangkan kesakitan selepas bersalin memulihkan lemah-lemah badan selepas bersalin.

AD 2 (Diambil pada hari ke-2 selepas bersalin)
  • Menyembuhkan luka dalam dan luaran dengan cepat
  • Menenangkan fikiran terutamanya trauma selepas bersalin
  • Mengurangkan kesakitan bengkak atau lebam pada vagina selepas bersalin
  • Merawat demam dan bengkak susu ibu menyusu 

AD 3 (Diambil pada hari ke-2 selepas bersalin)
  • Memulihkan sakit selepas pembedahan, kecederaan, kemalalangan, tertusuk benda tajam,terkena gigitan serangga
  • Merawat  sakit  anggota badan dan sakit gigi
  • Melancarkan perjalanan darah dan mengembalikan kesihatan ibu

AD 4 (Diambil pada hari ke-6 selepas bersalin)
  • Mengecutkan  peranakan dengan cepat, menguatkan  tulang, sendi dan gigi
  • Mencegah rambut gugur,  mengurangkan urat bersimpul(varicose  veins)
  • Merawat sakit kulit seperti ulser, kulit pecah, bisul
  • Mengecutkan sebarang ketumbuhan, bengkak kelenjar dan beguk.

AD 5(Diambil pada hari ke-6 selepas bersalin)
  • Membantu menambahkan kualiti dan kuantiti susu ibu yang menyusu dengan memberinya dalam bentuk cecair untuk hasil yang lebih berkesan
  • Tonik yang sangat baik untuk menambahkan selera makan, menambahkan berat badan dengan memberinya dalam bentuk cecair
  • Tonik kesihatan selepas pemulihan sakit

KAWALAN MUTU PRODUK HOMEOPATHY
  • Elakkan daripada panas terik matahari
  • Elakkkan daripada meletakkan ubat homeopathy di dalam peti ais
  • Diambil setengah jam sebelum atau selepas makan dan minum( seelok-eloknya sebelum makan dan minum/ketika perut kosong)
  • Elakkan daripada meminum kopi, teh dan nescafe.
  • Jauhkan ubat homeopathy daripada wangi-wangian dan bau-bauan keras
  • Untuk kawalan mutu yang lebih baik dengan menyimpan  ubat homeopathy ke dalam bekas kedap udara pada suhu normal.


 "STAY HEALTHY WITH HOMEOPATHY, 
ACUPUNCTURE & CUPPING"

Sempena hari ibu kami menawarkan harga pakej istimewa terendah dengan membawa balik satu unit hadiah  bekas ubat homeopathy bertangkai percuma mudah dibawa kemana-mana dengan setiap pembelian pakej penuh makanan tambahan mudah bersalin homeopathy. Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut sila hubungi kami terus di talian 


PHA HOTLINE 016-6928 414 ( sms atau whatsapp)





No comments:

Post a Comment